Wednesday, July 29, 2009

Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Innalillahiwainnaillaihi rajiuun."Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini",sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.Siapakah orang yang miskin?Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.Siapakah orang yang mempunyai akal?Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.
Siapakah org yg KEDEKUT?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja,malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain...

BACALAH YASSIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin,ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya,akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya,hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit,terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin.. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi,"Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari,turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut.Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya...Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya:"Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka.Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini,dia adalah orang-orang yang munafik.Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama yang lain.

12 BARISAN MANUSIA MENUJU KE AKHIRAT:-

..

Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki. keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T:
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka..Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".
Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku (yg menunjukkan kekuasaan ku), itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah "mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya,mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati,mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya,maka setiap kali dia rukuk atau sujud,berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking "mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut "Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli.Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka,takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah.Inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:

Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka.Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas.Mereka adalah orang yg melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka.Sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta.Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:

Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama.Mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan. Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka,memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga,beroleh keampunan,kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"

Monday, July 20, 2009

BULAN REJAB

Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:

*1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

*2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1429h/Isra Mi'raj akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa*

*3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt *

*4LAN REJAB *. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat *

*5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah *

*6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

*7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya." *

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni." Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka." Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?" Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun." *

p:s Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara *

Saturday, July 18, 2009

the most beautiful view I ever captured during my visit to my hometown recently

alahai asal pic kocik lak nihhh .... :(




bulan lepas balik kg pic ni yg paling cantik rasernya dapat capture... cantik tak pic gunung kinabalu kebanggaan sabahan nih...??? cantik ken ken ken this the pic that i've captured last month during my visit to my hometown just wanna shared em since its sooooo beautiful to me aren't they???? :)

Friday, July 17, 2009

KAWAN ~ SAHABAT ~ TEMAN

Kawan…,
kau umpama warna yg mewarnai hidup ini
kau hilangkan sunyi ku
Kau lenyapkan raguku
Kau suntikkan semangat kepada ku

Sahabat….,
Kau membawa sinar dalam gelapku
Kau dinginkan siangku
Kau legakan resahku dengan nasihatmu
Kau nyanyikan aku lagu buat mengisi sepiku

Teman….,
Aku tau kita tak akan terus bersama
Tak akan terus bercakap seperti sebelum
Tak akan terus mesra seperti sekarang tapi
Yang pasti kau tetap akan ku kenang dan kuharap kau jua begitu…..

Aku sayang kamu kawan…, sahabat….,dan temanku

Thank You

Catikkk tak wajah blog baru aku ... ehekss yg sebenarnya blog ni telah dia make-up oleh cik Cemoi aka CDR aka COMOI... terima kasihhhhh bebanyak erksss.... almaklum ler saya ni bukannya pembolok yang terror cuma teringin ja bila tengok orang lain berblog saya pun cuba-cubalah bukan apa sonok tengok blog kekwn dan at least bila saya berblog ni... bila time kesengelan melanda leh la saya tampalkan dalam nihh... mana lah tau kan kot-kot ada yang boleh dijadikan pengajaran ker... tapi yang paling penting bleh release tenson beb.. sebab kekadang ada benda yang kita nak orang lain tau tapi tak leh nak citer so cam ni lah saya luah kan...kan kan kan jenit kan << ni ayat linda yang selalu guna>>> ehekss... ok ar nak kena keja nihhhh

Petikan daripada harian harakah ..WAJARKAH KENDURI ARWAH...

Perlukah saya buat kenduri arwah?
Azamin Amin

Thu | Jul 16, 09 | 11:38:28 am MYT

"Perlukah saya sediakan makanan dan buat kenduri arwah kepada orang kampung sedangkan keluarga saya tengah sedih sangat sebab baru sahaja kehilangan ayah tersayang?" tanya seorang remaja kepada saya yang baru kehilangan ayahnya yang tercinta akibat sakit kronik.
Iklan



Terkedu dan pernah juga terfikir dalam benak hati, namun kerana kenaifan saya di bidang agama saya diamkan sahaja sehinggalah muncul kembali soalan yang terbit daripada anak muda belasan tahun ini yang datang daripada keluarga yang susah.

Lantaran itu, walaupun sedikit kesibukan dengan tugasan, saya meluangkan masa mencari jawapan yang mungkin atau mengundang pelbagai pandangan dan polemik serta emosi kurang senang banyak pihak.

Namun atas landasan mencari ilmu termasuk mahu berkongsi bersama, saya kutip beberapa pendapat yang boleh dijadikan panduan kepada semua khususnya kepada anak muda yang bertanya itu sehingga saya membiarkan dia termanggu tanpa sebarang jawapan sebelum ini.(segala kesilapan dan kelemahan mohon tunjuk dan maafkan)


Amalan membebankan keluarga si mati

Dalam laman blog dikenali sebagai Institut Al-Imam Syafie (Intis) seorang Pensyarah Jabatan Tilawah al-Quran Pusat Bahasa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Abdullah Bukhari Abdul Rahim menulis amalan kenduri arwah ini sudah pasti menyusahkan keluarga si mati yang masih lagi bersedih dengan kehilangan orang tersayang.

Katanya Rasulullah s.a.w ketika mendengar berita kematian Jaafar ibn Abi Talib, baginda bersabda:

"Persiapkan makanan untuk keluarga Ja'far, kerana sesungguhnya mereka telah didatangi dengan apa yang menyibukkan mereka (kesusahan)." - Hadith riwayat al-Tirmidhi & Abu Dawud.

Keluarga si mati yang baru ditimpa musibah(al-Baqarah:155-157) perlu disokong dan dibantu.

Amalan di sesetengah tempat ini adalah salah, kerana katanya kesedihan keluarga si mati akan ditambah lagi dengan kesedihan lain seperti bebanan kewangan kerana perlu membayar upah orang membaca al-Quran, sembahyang jenazah dan kenduri arwah.

"Budaya mengadakan kenduri arwah bersempena kematian pada malam pertama, malam Jumaat, malam ketujuh, malam ke-40 dan malam ke-100 juga tidak mempunyai asas sama sekali dalam Islam," katanya yang dipetik dari laman web tersebut

Amalan itu membawa kepada pembaziran jika membabitkan penggunaan harta si mati tanpa jalan yang betul dan membabitkan penganiayaan harta anak yatim malah Majlis Fatwa Mesir pada 1947 memutuskan bahawa amalan berkenaan perlu dihentikan.

Ulama mazhab Syafie melarang kenduri arwah

Rujukan katanya boleh dibuat terhadap Kenyataan bekas Mufti Mesir Syeikh Hasanain Makhluf di dalam akhbar al-Ahram bertarikh 27 Julai 1947 dan Fatwa ini kemudian disahkan oleh Majlis Fatwa Mesir dan dikeluarkan dengan rasminya pada 14 Ogos 1947, bilangan 377.

Katanya lagi Ulama mazhab Syafie melarang budaya ini sebagaimana dipetik daripada buku Feqah Mazhab Syafie, al-Fiqh al-Manhaji.

Antara petikan kitab tersebut yang berbunyi:"Daripada bidaah apa dibuat keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan upacara dinamakan berlalunya 40 hari dan seumpamanya."

"Sekiranya perbelanjaan makanan itu daripada harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram.

"Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim itu. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya." ( rujukanjil 1/ ms 263, Damsyik: Dar al-Qalam).

Dalam pada itu pada Jun 2005 blog tersebut turut memetik ruangan Tazkirah di bawah tajuk 'Amalan Jahiliyyah Disangka Ajaran Agama' oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merujuk kepada pengarang kitab at-Tazkirah iaitu Al-Qurtubi berhubung isu kenduri arwah.

"Dengan jelas mengatakan bahawa diantara amalan jahiliyyah ialah mengadakan suatu himpunan beramai-ramai diperkuburan, di masjid atau di rumah dengan berzikir dan juga lain-lain bacaan, serta mengadakan jamuan makan minum dengan tujuan untuk orang mati, disebut orang sebagai kenduri Arwah.

"Dengan jelas perbuatan itu tiada Nas yang menjadi rujukannya dan tiada petunjuk sunnah yang menjadi ikutan, " kata Nik Aziz.

Kenyataan pahit dan mengejutkan

Kenyataan ini kata Nik Aziz mungkin agak keras dan pahit serta boleh jadi suatu penjelasan yang mengejutkan terutama terhadap mereka yang mengamalkan perkara tersebut secara ikut-ikutan dan membuta tuli tanpa mengkaji dari sudut ilmiyah.

"Tetapi inilah hakikat Islam yang mesti diakui oleh penganutnya yang sedia kembali kepada al-Quran dan Sunnah," katanya

"Tidak dapat dinafikan bahawa amalan tersebut telah berakar umbi di dalam masyarakat melayu, sehingga sebahagian dari mereka menganggap bahawa amalan tersebut adalah merupakan amalan agama yang mesti dilakukan setiap kali berlaku kematian," katanya lagi

Kata Nik Aziz lagi sungguhpun Nabi terlalu sayang terhadap umatnya terutama terhadap para sahabatnya yang sentiasa membantu Nabi di dalam suasana damai dan perang namun Nabi tidak pernah melakukan majlis zikir atau tahlil untuk sahabat-sahabatnya r.a yang mati.

"Orang yang paling sayang terhadap Nabi s.a.w. adalah para sahabatnya yang sentiasa berada di sisi Nabi siang dan malam, namun pernahkah terdapat para sahabat berhimpun dan berzikir dan bertahlil untuk Nabi s.a.w.?" katanya membangkitkan persoalan.

Soalnya lagi jika perkara itu tidak dilakukan oleh Nabi dan juga para sahabat maka dari manakah punca amalan itu diambil.

"Apa yang paling mendukacitakan, mereka menganggap amalan tersebut sebahagian dari amalan Islam, padahal Rasulullah sa.w. tidak pernah menunjukkan contoh seperti itu dalam sunnahnya," katanya.

Bagi umat Islam marilah berlapang dada dalam menghadpi persoalan agama dengan menghayati petikan ayat daripada surah An-Nisaa' 4:59 :

"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah RasulNya dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya."

Monday, July 13, 2009

kesengelan ku




apa nya tension rini td dah abis dah nak update citer kat bawah tu tp ntah shilap kat ner x publish laksss :P

Sebuah Harapan

Tak pernah aku harapkan kesempurnaan
Kerana aku juga tidak
Tak pernah aku harapkan agar memujaku
Kerana aku tidak layak

Tak perlu terlalu arif
Asal bijak memberi kasih sayang
Tak perlu terlalu cantik
Asalkan tahu menilai keindahan Tuhan

Aku cuma mahukan kejujuran
Kerana aku ada kesetiaan
Aku cuma perlu hak
Kerana kamu ada tanggungjawabnya

Monday, July 6, 2009

Lirik lagu Hanya Ingin Kau Tahu.... feeellll lagu


Republik ~ Hanya Ingin Kau Tahu

ku telah miliki
rasa indahnya perihku
rasa hancurnya harapku
kau lepas cintaku
rasakan abadi
sekalipun kau mengerti
sekalipun kau pahami
berpikirku salah mengertimu
aku hanya ingin kau tahu
besarnya cintaku
tingginya khayalku bersamamu
tuk lalui waktu yg tersisa kini
di setiap hariku
di sisa akhir nafas hidupku
walaupun semua
hanya ada dalam mimpiku
hanya ada dalam khayalku
ku lewati itu

Thursday, July 2, 2009

Suara Hati Seorang Saudara Muslim

Masha’allah

Ketika jiwa meronta dalam kegelapan nan pekat
Ketika hati masih mencari ketenangan hakiki
Ketika diri masih tidak punya arah tuju

Subhana’allah

Dalam pekatnya gelap itu ku temuikan setitis cahaya
Dalam hati yang gundah itu ku temui damai
Dalam kerterumbang ambingan diri ku temui jalan yang berarah

Allahu Akhbar

Kini aku tidak lagi meraba dalam gelap
Kini aku tidak lagu gusar dalam resah
Kini aku tidak lagi tercari-cari kemana arah hendak dituju

Alhamdulillah

Ku syukuri nur Mu yang menerangi kegelapan ku
Ku syukuri damai hakiki yang kau beri
Ku syukuri anugerah mu yang membimbing aku ke jalan yang benar

Lailahaillah,

Sesungguhnya shahadah ku hanya untuk Mu
Sesungguhnya hidup dan mati ku hanya kalimah Mu
Sesungguhnya tiada daya ku tanpa Mu
Sesungguhnya Kau la Sang Pencipta

HIJRAH KU..... (hijrah seorang jahil)

HIJRAHKU

HIJRAH
Kupasti semua pernah melaluinya
Hijrah dari alam roh ke alam fana
Hijrah dari alam fana ke alam barzakh
Hijrah itu lah yang terakhir sementara menunggu hari perhitungan

NAMUN
Hijrah ku kerana Mu ya Rabb
Hijrah ku kerana hidayah Mu
Hijrah ku kerana nur Mu
Hijrah ku kerana zat Mu

Hijrah ini bukan seketika tapi yang hakiki
Hijrah ini bukan kerana terpaksa tapi ini lah langkah pilihan
Hijrah ini bukan untuk menunjuk-nunjuk tapi inilah satu pencarian
Hijrah ini bukan mudah tapi inilah kesempurnaan yang kucari

Berhijrahlah dari kegelapan semoga bertemu cahaya
Berhijrahlah dari kekufuran semoga bertemu ketenangan
Berhijrahlah dari kesusahan semoga bertemu ruang kesyukuran
Berhijrahlah dari kebencian semoga bertemu kasih sayang

Wednesday, July 1, 2009

aKu jatUh Cinta

ketika itu terasa amat sepi.... ntah rasa tertekan... memang tension beb lau semua orang cam tak percaya ngan kita... difitnah, dicerca dengan pelbagai kata-kata nista... yang lebih parah bila tidak seorang pun yang mau mendengar rintihan hati kita.... nak ngadu pada kawan... ada kawan tapi cam tak faham ja apa yang kita cuba nak sampaikan... "alah rileks la jue semua pasti akan berakhir ikut musim ja tu"... itu la ayat yang selalu aku dengar bila ngadu tentang ketidak puasan hatiku.... dalam hatiku cuma menjawab ingat musim buah ke boleh berakhir cam tu ja, tanpa kesan....

dan ketika hidup mula hilang punca dek pelbagai tekanan... dan tiada tempat mengadu....hati terasa seperti terpanggil ntah kenapa tiba-tiba nama ALLAH yang terlintas tak semena-mena hati ku mula terasa tenang bila setiap kali mengingati dan menyebut kalimah itu.... semenjak itu aku mula tertanya dalam hati benarkah adalah ALLAH dalam kehidupan manusia nih.... sebelum nih aku memang tak pernah merasakan kehadiranNYA...

Ketika hati mula tertanya di manakah Allah ini berada dan benarkah Dia wujud ....SUBAHANALLAH hanya itu yang mampu ku lafazkan di saat ini... apabila segala persoalan ku seperti di beri jawaban yang sehingga kini ku yakini bahawa itu adalah jawaban kepada persoalanku... Allahuakbar..... ntah buat pertama kali dalam hidup ku aku terfikirkan tentang mati... dan persoalan datang lagi dalam hidup ku kemana arah tuju hidup selepas mati... apakah kesudahan hidup ku ini...

"bangunnnn bangunnnnn....jangan takut dengan apa yang bakal kamu lihat.... buka mata dan lihat lah jalan yang kamu cari selama ini...." aku cuba membuka mata dan ingin melihat apa yang cuba di tunjukkan kepada ku tapiii aku tidak melihat apa-apa melainkan silau cahaya putih yang aku sendiri tidak tahu dari mana datang cahaya itu.... aku mula bertanya aku dimana?.... Cahaya: "kamu sekarang berada pada jalan yang benar" cuma suara yang aku dengar yang aku yakin datangnya dari cahaya itu.... aku bertanya lagi jalan apakah ini? ..."inilah jalan menuju kebenaran"...aku : apakah jalan kebenaran itu dan dimana harus aku tuju...Cahaya "kebenaranya adalah ISLAM dan penghujungnya adalah kebaikan namun ia tidak semudah yang akan kamu fikirkan" ... aku : dimana akan aku bertemu Islam itu dan bagaimana? .... Cahaya:"berhijrahlah... pasti kamu akan bertemunya dan carilah pasti akan bersua.... ini adalah sebahagian mimpi indah yang tidak pernah aku lupa disaat aku binggung mencari jawapan terhadap persoalan ku....

keesokan hari aku menceritakannya pada seorang teman seminggu selepas itu dia datang kepadaku dan mengatakan dia telah mengucap Kalimah keramat :Syahadah: SUBAHANALLAH...aku terkedu tidak mampu berkata apa-apa sedangkan pada waktu itu aku masih belum lagi membuat sebarang keputusan...... tapi pencarian ku tidak berakhir disitu dan setiap persoalan ku jua pasti mendapat jawapan namun aku masih belum punya cukup keyakinan untuk berhijrah di tambah pulak aku masih berada dalam tanggungan kedua ibubapaku.... untuk sementara aku tidak mengambil sebarang keputusan tapi tidak bermakna aku melupakan semua itu....

adoi betapa lamonya aku amik masa nak sambung citer ni .... tp x po la sambung agi ckit ja la...

Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha penyayang...

Kalo Allah kata jadi maka jadi la sesuatu perkara itu... dan apa pun yg terjadi keatas kita diatas muka bumi ini adalah atas kehendak dan izin Nya jua... dan begitu la ngan aku... ntah kenapa selepas dikeciwakan cewah di keciwakan tu... wakakaka tp betul la maser mmg frust meniarap beb... sampai bapa aku pun dah mati akal tgk aku... adeh buruk kan..kan..kan.. tapi nak wat cam na kalo pasal hati ni saper yang biasa kena tau la raser dia cam ner...

setelah sebulan berkeadaan jiwa tertelangkup cam tu.. ntah cam nak dpt tawaran kuar dari rumah... tawaran erk bukan larik dari umahhh...dah aku yang selama ini cam kena kongkong tak penah kuar kemana-mana ...memang teruk aku masa remaja bukan cam remaja len yang bebas kesana kemari.. aku nak bersosial pun tak brani beb..bapa ku garanggggg...tapi pas aku kuar aumah baru aku tau naper dia jaga aku sampai cam tu... yang ni nnt la aku citer lain ada citer yg menarik dan sebab naper bapa aku kongkong aku cam tu...

ntah cam na bila aku dengar ja tawaran tu dan inform bapa aku tak cakap banyak bapa aku bagi green light beb... aku pun tegezut biawak gak time tu... tapi tu la aku cakap kalo ngan izin Allah s.w.t apa pun akan jadik... dipendekkan citer... maka aku pun berangkat la berhijrah... tapi ada citer menarik sebelum aku berangkat tu ntah cam na aku leh tnya bapa aku beh kurang cam ni ar " pak lau orang pas sampai sana orang masuk islam cam ner?" pas tu bapa tak jawab sepatah pun tapi mak tolong jawabkan cam ni "masuk la tapi ko balik nanti jangan pakai tudung rimas aku tengok". pas tu aku gelak ar...

nak tau citer... selepas setengah dozen bulan aku berhijrah aku telah ngan rasminya memeluk ugama islam... dah nak tau lagi orang yang mengislamkan aku tu saling tumpah ngan org yang aku nampak lam mimpi-mimpi aku selama nih... pas tu tpon bapa bagi tau... nak tau bapa aku ckp per " naper ko dah nak kawen ngan orang Melayu ka tau ko dah ada boyfren melayu kalo sebab tu ko masuk aku tak bagi aku tentang" pas tu bapa aku sambung lagi... kalo setakat nak menayang ja islam ko atau setakat ikut ikutan jangan la" cam nak nanes beb dgr bapa aku khutbah cam tu....pas tu aku cakap kat bapa insya'allah tak pak .... pas tu bapa aku cakap per..."tapi kalo ko masuk sebab memang ko ikhlas ko kena janji yang ko akan mati dalam agama ni walau apo pun yang terjadi" yang ini aku nanes beb betul betul nanes.... tak sangka bapa aku memang manusia yang paling baik lam dunia nih..... dan alhamdulillah sampai ke hari ini aku masih lagi..NURULAIMANJULIABINTIABDULLAH dan insya'allah aku akan mati sebagai NURULAIMANJULIABINTIABDULLAH.... dan alhamdulillah mak aku pun tak marah bila aku balik pakai tudung dan yang paling best adik2 aku pun dah 50% memeluk islam... syukur alhamdulillah.... cam na citer aku... ok x...

Ok cukup tu wat maser nih... :)