Thursday, July 2, 2009

Suara Hati Seorang Saudara Muslim

Masha’allah

Ketika jiwa meronta dalam kegelapan nan pekat
Ketika hati masih mencari ketenangan hakiki
Ketika diri masih tidak punya arah tuju

Subhana’allah

Dalam pekatnya gelap itu ku temuikan setitis cahaya
Dalam hati yang gundah itu ku temui damai
Dalam kerterumbang ambingan diri ku temui jalan yang berarah

Allahu Akhbar

Kini aku tidak lagi meraba dalam gelap
Kini aku tidak lagu gusar dalam resah
Kini aku tidak lagi tercari-cari kemana arah hendak dituju

Alhamdulillah

Ku syukuri nur Mu yang menerangi kegelapan ku
Ku syukuri damai hakiki yang kau beri
Ku syukuri anugerah mu yang membimbing aku ke jalan yang benar

Lailahaillah,

Sesungguhnya shahadah ku hanya untuk Mu
Sesungguhnya hidup dan mati ku hanya kalimah Mu
Sesungguhnya tiada daya ku tanpa Mu
Sesungguhnya Kau la Sang Pencipta

HIJRAH KU..... (hijrah seorang jahil)

HIJRAHKU

HIJRAH
Kupasti semua pernah melaluinya
Hijrah dari alam roh ke alam fana
Hijrah dari alam fana ke alam barzakh
Hijrah itu lah yang terakhir sementara menunggu hari perhitungan

NAMUN
Hijrah ku kerana Mu ya Rabb
Hijrah ku kerana hidayah Mu
Hijrah ku kerana nur Mu
Hijrah ku kerana zat Mu

Hijrah ini bukan seketika tapi yang hakiki
Hijrah ini bukan kerana terpaksa tapi ini lah langkah pilihan
Hijrah ini bukan untuk menunjuk-nunjuk tapi inilah satu pencarian
Hijrah ini bukan mudah tapi inilah kesempurnaan yang kucari

Berhijrahlah dari kegelapan semoga bertemu cahaya
Berhijrahlah dari kekufuran semoga bertemu ketenangan
Berhijrahlah dari kesusahan semoga bertemu ruang kesyukuran
Berhijrahlah dari kebencian semoga bertemu kasih sayang