Tuesday, September 1, 2009

bulan puasa

Bismillahirrahmannirrahiimm..

Sudah lebih sepuluh hari kita berpuasa…. Sedar tak sedar begitu cepat masa berlalu kan.. lagi beberapa hari masuklah kita di sepuluh hari terakhir Ramadan dimana adanya malam Lailatul Qadr malam penuh rahmat..malam penuh keberkatan…

tapi sempena ramadan ini banyak mana kah amalan yang telah kita buat kerana Allah.. selalu yang kita dengar baju raya dah siap berapa pasang… kasut raya ada berapa pasang… hari raya ni nak cuti berapa lama..dan bermacam-macam lagi cerita yang kita dengar… semuanya tentang hari raya yang bakal di raikan..

Tapi jarang kita akan dengar atau keluhan yang bertanyakan mashallah dah sepuluh ramadan tapi aku belum lagi mula menbaca Quran dan ada diantara kita yang belum lagi ke masjid tuk jemaah sembayang terawih walau pun hanya semalam… sedihkan…

Ada tak kita pernah dengar tentang keluhan ya Allah dah sepuluh ramadan tapi aku belum lagi berjaga sepanjang malam kerana beribadah kepada Mu… adakah ini membanggakan…

Pernahkah kita bersembang semalam aku telah membangunkan ramadan... ngan penuh keinsafan.. tahun lalu pun aku wat juga benda yang sama.... tapi kita sembang tahun lepas pakai baju kaler apa tahun ni.... langsir tahun ni warna aper...


renung-renungkan.... Salam Ramadan>>>semoga ramadan kali ini penuh makna>>>