Monday, July 13, 2009

Sebuah Harapan

Tak pernah aku harapkan kesempurnaan
Kerana aku juga tidak
Tak pernah aku harapkan agar memujaku
Kerana aku tidak layak

Tak perlu terlalu arif
Asal bijak memberi kasih sayang
Tak perlu terlalu cantik
Asalkan tahu menilai keindahan Tuhan

Aku cuma mahukan kejujuran
Kerana aku ada kesetiaan
Aku cuma perlu hak
Kerana kamu ada tanggungjawabnya

No comments:

Post a Comment