Friday, September 18, 2009

Lelaki Idaman ku

Lelaki idamanku,
Tertegak Islam dalam dirinya,
Sejernih salju,
Hatinya dilingkari cinta Yang Satu,
Iman dan taqwa menjadi sepatu,
Dengan roh Islam dia melangkah maju,
Dahagakan pahala,
Hauskan Ilmu,
Gagah melawan nafsu,
Solatnya dihayati penuh syahdu,
Kata-katanya benar tidak menipu.

Lelaki idamanku,
Teguh dalam saf perjuangan,
Teman-temannya adalah,
Pecinta syariat Islam,
Yang menyampaikan ilmu di dada,
Buat umat yang kehausan,
Yang menginfakkan harta,
Untuk jalan jihad dan kebenaran.

Lelaki idamanku,
Adalah lelaki beriman,
Yang mengalir dalam
darahnya sifat kepimpinan,
Suka berbuat kebajikan,
Berbakti kepada ayah
bondanya penuh kebaikan,
Dalam rumah tangga,
Dialah penjaga kerukunan,
Menghiasi jiwa ahlinya
dengan seagung-agung pegangan,
Mendidik anak dan isterinya
menghayati Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Yang dunia baginya,
Rumah sementara menuju akhirat.

Lelaki idamanku,
Sentiasa bersedia menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran,
Dengan petunjuk Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya
daripada berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran,
Dengan rahmat Allah ke atasnya.

Lelaki idamanku,
Tidak pernah membazir masa,
Matanya kepenatan
kerana membaca,
Suaranya lesu kerana penat
mengaji dan berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangun subuhnya penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya
bertambah penuh kematangan.

Lelaki idamanku,
Sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup adalah ladang di akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu,
Perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik bertunas,
Bakal menjadi baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam,
Sebalum hari kemudian.

Lelaki idamanku,
Adalah lelaki,
Yang tidak terpesona dangan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga,
Di situlah rumah idamannya,
Dan dia ingin membawaku bersama.
Dialah,
Lelaki idamanku!

1 comment:

  1. salam...bersediakah utk bersama dgn lelaki idaman...bersediakah utk bersama membawa perjuangannya..bersediakan utk bersama menggalas tanggungan dan pengorbanannye...bersediakah utk berjihad bersamanya...bersediakah anda....kerana kita selalu mengimpikan yg terbaik utk kita....tp mampukah kita memberikan yg terbaik utknya.....jgn kita terlalu memuja..ditakuti kelak jika dia melakukan kesilapan atau ade kekurangannya tidak dpt kita menerimanya...namun..pencarian yg lebih baik itu perlu....

    ReplyDelete