Tuesday, August 4, 2009

PETUA KECANTIKAN

menghaluskan dan menanggalkan daki di badan

Blend segenggam beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan dahulu campuran sirih & beras tadi ke seluruh tubuh badan. Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tanggal dari badan. Petua ini bukan sahaja menjadikan kulit badan anda halus, malahan ia juga akan membantu menanggalkan daki dan mengharumkan serta menyegarkan bau badan anda.

Petua 2

Gorengkan beras tanpa minyak sehingga keperang-perangan,kemudian dikisar. Then tumbuk hingga hancur 1 inci kunyit hidup. Kemudian gaulkan beras dan kunyit tadi bersama-sama segenggam asam jawa yang telah dibancuh dengan sedikit air. Ramuan ini perlu diperapkan dahulu selama lebih kurang sejam.

Apabila hendak mandi, gosokkan bahan-bahan tadi ke seluruh badan selama 5 minit. Bahan-bahan ini berupaya untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan juga daki. Kemudian bilas dengan menggunakan air biasa. Petua ini elok jika diamalkan seminggu sekali.

Petua untuk mata


BULATAN HITAM BAWAH MATA

Hancurkan/tumbuk daun pudina segar dan letakkannya di sekitar bahagian mata. Biarkannya selama 10 minit sebelum mencucinya menggunakan air sejuk.

MATA SEMBAB

Mata sembab boleh dikurangkan dengan menggunakan potongan ubi kentang segar. Caranya adalah dengan meletakkan potongan ubi kentang di atas mata selama beberapa minit.

YANG NI MISTI RAMAI YANG SUKA

Petua Awet Muda


Petua ini mungkin telah diingatkan kepada kita berulang-ulang kali oleh ibu atau nenek kita,namun pada agakan saya, tidak ramai yang menjadikannya satu amalan.

Meminum air suam setiap pagi selepas bangun daripada tidur merupakan amalan pengekalan kejelitaan yang paling mudah, tetapi paling mujarab. Di bawah adalah 'penambahan' kepada amalan meminum air suam yang mesti kita amalkan setiap pagi untuk kelihatan awet muda sepanjang usia kita. Bagi saya, biarlah usia kita tua, namun wajah kita tidak perlu menunjukkannya.

Letakkan jari telunjuk kedua-dua belah tangan di atas dagu. Kemudian pusing-pusingkan jari anda ke pipi, bawa ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Urutan ini perlu disusuli dengan meminum air suam selepasnya. Bagi umat Islam, berselawatlah 3 kali sebelum mengambil minuman ini. Perlu diingatkan untuk meminum air suam ini sebelum mengambil apa-apa sarapan.

No comments:

Post a Comment